Oleh: Nurin Salsabila Mad Affrizi (Pelajar Praktikum Kolej Poly-Tech MARA)
Gambar oleh: Anjung Tamu
ANJUNG TAMU ONLINE: Tinjauan Welcome Centre mengenai lokasi tumpuan ke UUM mendapati ramai pengunjung yang pertama kali datang ke sini berpuas hati dan gembira melihat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Dalam pada itu, Welcome Centre tidak pernah sunyi menerima tetamu pada hujung minggu hari Sabtu dari seberang negara serumpun, Indonesia.
Cahaya matahari menyinari di ruang serambi UUM Welcome Centre menyambut kedatangan Director Jenderal Kementerian Agama Indonesia, Bapak Ali Ramdani bersama isteri ibu Hilda Ainissyifa serta anaknya Muhammad Khalifa Umana.
Setelah melangkah ke rumah ibu, reaksi Bapak Ali Ramdani dan keluarganya yang kelihatan kagum apabila melihat persekitaran yang damai dan hijau memukau mata hati mereka yang tidak putus bertanyakan konsep yang ditonjolkan oleh Universiti Pengurusan Terkemuka ini.
Taklimat Discover UUM 2.0 bagi mempromosikan UUM kepada delegasi telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pentadbiran dan Pengurusan Acara, UUM Corporate Communication, H.Rasidah H.Rodzi ternyata menyentuh sanubari delegasi apabila Bapak Ali Ramdani menyatakan:-
“UUM sebagai episentrum peradaban masyarakat, sebagai industri yang memiliki peranan mercu luas.”
Dalam pada itu, Muhammad Khalifa Umana tidak henti merekod video persekitaran Welcome Centre untuk dijadikan kenangan apabila mereka pulang ke Indonesia.
Malah, sebelum mereka tinggalkan bumi sintok dengan warna-warni kenangan yang tidak dapat dilupakan, antara catatan yang ditinggalkan oleh Bapak Ali Ramdani setelah melawat Discover UUM 2.0
“Menerangi dunia dalam kegelapan, memberikan arah bagi yang sedang mencari kebenaran.”