All News

KONGSI KEPAKARAN DALAM AKREDITASI BERSAMA UKM

 

akreditasi bersama ukm

Oleh: Prof. Madya Dr. Norani Nordin
Gambar oleh: Unit Akreditasi AACSB

UUM ONLINE: Unit Akreditasi AACSB, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berkongsi ilmu dan kepakaran berkaitan akreditasi antarabangsa bersama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu bengkel diadakan selama dua hari, baru-baru ini.

Bengkel anjuran bersama Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) itu telah disertai 20 peserta termasuk Dekan FEP, Prof. Dr. Aini Aman dan Pengurus AACSB, Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Abdullah.

Timbalan Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Faizuniah Pangil berkata, tujuan bengkel itu adalah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran berkaitan akreditasi antarabangsa kepada anggota AACSB Taskforce FEP.

Selain itu, menurutnya, ia bagi membantu FEP, UKM dalam menyediakan dokumen akreditasi AACSB, tambahan pula bengkel tersebut merupakan fasa pertama bagi FEP mendapat akreditasi AACSB dengan sokongan oleh Unit Akreditasi AACSB, UUM.

Bengkel itu turut dikendalikan bersama Pengurus Unit Akreditasi AACSB dan EPAS, Prof. Madya Dr. Nor Asma Lode dan Pengurus AACSB, CIAC, Prof. Madya Dr. Norani Nordin serta AACSB Taskforce, Prof. Dr. Wan Nordin Wan Hussin.