All News

ANTARABANGSA: DARI KOTA CINTA KE NEGERI JELAPANG PADI

 

mbs

Berita oleh: Dania Nurfaghira Ahmad Nizan (Pelajar Praktikum UiTM Shah Alam)

Gambar oleh: Anjung Tamu

ANTARABANGSA: DARI KOTA CINTA KE NEGERI JELAPANG PADI

ANJUNG TAMU ONLINE: ‘Kota Cinta’ nama digelar di bumi Eropah, negara Perancis juga terkenal dengan keramahan rakyatnya. Fakta ini ternyata benar apabila Welcome Centre menerima lawatan antarabangsa daripada delegasi dari Montpellier Business School (MBS), Perancis. 

Mr. Xavier Rajot, Director of International Academic Partnerships, Global Education Enthusiast, MBS, Perancis, telah berkunjung ke Welcome Centre dan mengikuti taklimat Discover UUM 2.0. Kunjungan ini bersempena ‘Lawatan Berpandu’ bersama Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC). 

Mr. Xavier kelihatan fokus mendengar taklimat Discover UUM 2.0 serta kagum akan kemampuan UUM menguruskan kampus yang berkeluasan 1061 hektar dan usaha berterusan UUM dalam mempromosikan UUM kepada universiti-universiti lain secara domestik dan global.

“I am very amazed by the effort of promoting the university. Thank you UUM and Welcome Centre.”, ujarnya.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Mohd Azri Abdul Aziz, selaku pegawai pengiring kunjungan tersebut.