Berita oleh : H.Rasidah H.Rodzi
Gambar oleh : Anjung Tamu
Anjung Tamu Online : Keharmonian penataan dekorasi di taman kawasan Rehat & Rawat (R&R) UUM Welcome Centre telah mengundang kedamaian yang menyegarkan bagi delegasi dari Tashkent International of Financial Management and Technology (TIFT), Uzbekistan.
Pertama kali buat tiga delegasi Uzbekistan menjejak kaki ke Welcome Centre sudah semestinya perlu menyesuaikan keselesaan yang dinikmati bahkan terpegun sejenak tatkala diperkenalkan dengan Discover UUM.
Pokok tiga beradik atau mengkudor yang gah bertapak di sebalik rimbunan hutan kampus di rimba hijau menjadi tumpuan permulaan.
Pokok yang berusia lebih 100 tahun ini telah menarik perhatian delegasi yang ingin tahu mengenai keunikan antara pokok Sintok dengan pokok tiga beradik malah delegasi menyatakan hasrat untuk melawat ke lokasi kedua pokok tersebut yang mempunyai sejarah tersendiri.
Semakin selesa delegasi dengan konsep promosi yang ditampilkan oleh Welcome Centre, semakin membara momentum untuk Discover UUM dengan lebih jauh lagi.
Asal sebut mengenai fasiliti, delegasi terpanggil untuk meninjau senibina masjid UUM yang kebarangkalian Uzbekistan mempunyai ciri kesenian masjid yang mirip di Malaysia.
Minat delegasi terserlah dengan kesungguhan meneruskan niat untuk kenalpasti fasiliti yang tersedia untuk pelajar, staf dan juga tetamu UUM.
Delegasi kelihatan leka dengan maklumat bernas yang disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Acara UUM Corporate Communication Jabatan Canselori, Zulfadli Abdul Latif tentang tempat menarik untuk dikunjungi di UUM antaranya Pusat Islam, padang golf yang terbentang megah, Taman Rusa, Varsity Mall, Pusat Sukan, Muzium Pengurusan dan banyak lagi.
Menurut Ketua delegasi dari negara Asia Tengah ini,Assoc. Prof. Azizkhon Nodirov yang juga First Vice Rector, TIFT, “We are so excited about the facilities and opportunity that UUM offers for students and we are really passionate about it"
" I wish all the best to UUM.”
Beliau dan dua lagi rakannya melahirkan rasa puas hati dan gembira di atas hospitaliti yang diberikan di samping berpeluang melancong ke Universiti terkemuka yang fokus kepada pengurusan.
Hadir mengiringi delegasi, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Prof. Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Muhammad Fauzi Mokhtar serta pensyarah STHEM.